Thursday, July 17, 2008

Jemputan xIKMPj League 2008/2009

.
Adakah anda peminat Team Bolasepak Arsenal, Chelsea , Liverpool atau pasukan Blackburn Rovers dan sebagainya?.

Liga EPL 2008/2009 akan membuka tirainya pada 16 Ogos, 2008 nanti.

Sudahkah anda bersedia untuk menantikan debarannya pada musim terbaru ini ?.

Bagaimanakah prestasi pasukan favorite anda pada musim ini ?.

Bagaimana pula prestasi Manchester United dan Chelsea atau Arsenal pada musim ini ?.

Dan pernahkah anda menyertai Fantasy League EPL ?.

Oleh itu, di sini saya ingin menjemput anda semua untuk menyertai EPL Fantasy League yang telah pun membuka pendaftarannya secara PERCUMA.

Bagaimana untuk menyertai Fantasy League ini?.


Caranya Mudah, cuma daftar di http://fantasy.premierleague.com/. 'Klik' pada "Not registered? Sign up".


Buat pendaftaran dengan mengisi data-data yang diperlukan. Bila telah lengkap, sila 'Klik' "CONTINUE".


Pada paparan yang seterusnya, anda dikehendaki Menamakan pasukan anda. Beri nama kepada pasukan anda di ruang yang disediakan, untuk contoh saya namakan " Juky's FC " atau sebagainya mengikut pilihan anda. Kemudian buat pilihan warna untuk 'jersey' pasukan anda. Bila telah selesai, 'Klik' pada "Select Team".


Paparan seterusnya adalah untuk membeli pemain untuk pasukan anda. Disini anda sebagai Pengurus Pasukan diberi modal sebanyak RM100 juta untuk membeli pemain. Anda dikehendaki membeli seramai 2 Penjaga Gol, 5 Pemain bahagian Pertahanan, 5 Pemain bahagian Tengah dan 3 Pemain bahagian Penyerang. Senarai pemain yang boleh dibeli untuk musim ini terdapat di ruang yang dipaparkan.

Cara untuk membeli pemain bergantung kepada nilai harga pemain tertentu. Sebagai contoh Fernando Torres, beliau bernilai RM12 juta. Untuk memilih Torres, klik salah satu pemain serangan, kemudian klik nama beliau disenarai pemain serangan. Sila lengkapkan kesemua pemain pasukan anda mengikut posisi masing-masing. Pilihan yang tepat dengan mengikut kebijaksanaan anda akan mementukan kejayaan pasukan anda nanti.


Setelah lengkap memilih pemain pasukan anda. Sila 'Klik' "Enter Team". Pastikan jumlah baki modal yang diberi kepada anda tidak berhutang.

Haa... Tahniah!. Anda telah pun berjaya mengurus sebuah pasukan bolasepak dan sekarang anda boleh bersaing dengan semua pasikan yang telah didaftarkan oleh peminat-peminat EPL untuk musim 2008/2009.

Untuk memudahkan anda untuk bersaing dengan rakan-rakan anda, saya telah membina satu League yang diberi nama 'xIKMPj League' untuk semua rakan-rakan IKMPJ.

Bagaimana untuk menyertai 'xIKMPJ League' pula ?.




Mudah saja, setelah membina pasukan anda, klik pada bahagian "Leagues", dan pada "Joint a private league", isi code ini: 202697-51323 di petak kosong yang di sediakan. Kemudian kilik "Joint league".


Sekarang anda telah pun turut serta di 'xIKMPJ League'. Tahniah!. sekali lagi. Jika anda lihat contoh di bawah, "Juky;s FC" dan "MyMancUnian FC" (pasukan milik saya)telah pun menyertai "xIKMPJ League".



Diharap semua member xIKMPJ akan menyertai dan mendaftar sebelum 16 Ogos, 2008 dan lebih baik mendaftar dari sekarang.

Ajaklah rakan-rakan contact anda semua untuk menyertainya dan kita akan bersaing sesama rakan-rakan anda semua nanti.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau memerlukan pertolongan untuk mendaftar pasukan anda, sila hubungi saya, Marzuki di +6017-3525860.

Anybody interested ?.