Wednesday, September 24, 2008

Keputusan Minggu ke 5 - xIKMPj League

Team Penyertaan :-

1. MyMancUnian FC - yang di urus oleh Juky
2. SomeSing FC - yang di urus oleh Azizuddin

Pada perlawanan Minggu ke 5 ini, MyMancUnian FC telah berjaya memintas pasukan SomeSing FC. Pada pertemuan minggu ini, MyMancuUnian FC berjaya mengutip sebanyak 46 mata dari 195 mata keseluruhan, manakala pasukan SomeSing FC pula berjaya mengutip sebanyak 31 mata sahaja dari 188 mata keseluruhan.

Pada minggu perlawanan ke 5 ini, pasukan MyMancUnian FC, telah membuat pertukaran sebanyak 2 pemain, berjaya melonjak ke atas jurang perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan iaitu sebanyak 7 mata. Walau bagaimanapun, pasukan SomeSing masih lagi tidak membuat sebarang pertukaran pemain di sepanjang musim 2008/2009 ini.

Keputusan :-

1. MyMancUnian FC - 46 Mata (Mengutip 195 mata keseluruhan)



2. SomeSing FC - 31 Mata (Mengutip 188 mata keseluruhan)



Untuk penyertaan kedua-dua pasukan di "Multi Multiply League",kedudukan kedua-dua pasukan di perlawanan Minggu ke 5, pasukan SomeSing FC turun 1 anak tangga lagi iaitu tempat ke 10 dari tempat ke 9 pada Minggu ke 4 dan manakala pasukan MyMancUnian FC pula masih mengambil alih tempat pasukan SomeSing FC di tangga ke 9, di dalam League ini.

Wednesday, September 17, 2008

Keputusan Minggu ke 4 - xIKMPJ League

Team Penyertaan :-

1. MyMancUnian FC - yang di urus oleh Juky
2. SomeSing FC - yang di urus oleh Azizuddin

Pada perlawanan Minggu ke 4 ini, prestasi kedua-dua pasukan masih mencuba mencari kesesuaian pemain untuk pasukan masing-masing, dimana pasukan SomeSing FC agak menurun prestasi pasukan masih tidak lagi melakukan sebarang pertukaran pemain walaupun masih mendahului dari kutipan mata keseluruhan. Pada pertemuan perlawanan minggu ke 4, SomeSing FC berjaya cuma mengutip 37 mata dari 157 mata keseluruhan.

Berbanding pula dengan pasukan MyMancUnian FC, pasukan ini yang telah membuat pertukaran sebanyak 3 pemain, berjaya merapatkan lagi jurang perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan iaitu sebanyak 4 mata sahaja. Pada perlawanan minggu ke 4, prestasi MyMancUnian FC sungguh memberangsangkan kerana berjaya mengutip 55 mata dari 153 mata keseluruhan.

Keputusan :-

1. MyMancUnian FC - 55 Mata (Mengutip 153 mata keseluruhan)



2. SomeSing FC - 37 Mata (Mengutip 157 mata keseluruhan)



Untuk penyertaan kedua-dua pasukan di "Multi Multiply League",kedudukan kedua-dua pasukan di perlawanan Minggu ke 4, pasukan SomeSing FC turun 1 anak tangga iaitu tempat ke 9 dari tempat ke 8 pada Minggu ke 3 dan manakala pasukan MyMancUnian FC pula masih mengekalkan tempat di tangga ke 10, di dalam League ini.

Thursday, September 4, 2008

Keputusan Minggu ke 3 - xIKMPJ League

Team Penyertaan :-

1. MyMancUnian FC - yang di urus oleh Juky
2. SomeSing FC - yang di urus oleh Azizuddin

Pada perlawanan Minggu ke 3, Perlawanan EPL hanya melibatkan 18 pasukan sahaja kerana pasukan Manchester United dan pasukan Fulham tidak bermian pada minggu ke 3 ini disebabkan MU akan mengambil bahagian untuk perlawanan "Super Cup UEFA". Untuk xIKMPJ League pula, kedua-dua pasukan masih terus mempertingkatkan prestasi pasukan masing-masing.

Pada minggu ini, prestasi pasukan SomeSing FCagak menurun walaupun masih mendahului dari kutipan mata keseluruhan. Pada minggu ke 3 ini SomeSing FC mengutip 27 mata dari 110 mata keseluruhan. Berbanding dengan pasukan MyMancUnian FC, pasukan ini cuba untuk mengejar dan cuba untuk merapatkan lagi jurang perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan. Pada perlawanan minggu ke 3, prestasi MyMancUnian FC agak memberangsangkan kerana berjaya mengutip 60 mata dari 106 mata keseluruhan.

Keputusan :-

1. MyMancUnian FC - 60 Mata (Mengutip 106 mata keseluruhan)



2. SomeSing FC - 27 Mata (Mengutip 120 mata keseluruhan)



Untuk penyertaan kedua-dua pasukan di "Multi Multiply League",kedudukan pasukan SomeSing FC turun 5 anak tangga iaitu tempat ke 8 dari tempat ke 3 dan pasukan MyMancUnian FC pula berada pada tempat ke 10,naik 2 anak tangga dri tempat ke 12 pada minggu ke 2 di dalam League ini.